SEMAK PLKN ONLINE : SIRI 2 2026

SEMAK PLKN ONLINE : SIRI 2 2026

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kini dilaksanakan semula dan ditambahbaik dengan konsep dan format baharu yang menumpukan aspek perpaduan dan pembangunan semangat patriotisme.

Bagaimanakah semak status PLKN? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN BULANAN SARA : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SETIAP BULAN

SYARAT PESERTA PLKN 2026

Syarat peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi tahun 2026 adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Calon berusia tidak kurang dari 16 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh pendaftaran;
  • Kelahiran tahun 2008;
  • Sihat dari segi Fizikal dan Mental;
  • Belum Pernah Menyertai PLKN sebelum ini.

Untuk makluman, tidak semua individu dalam kumpulan umur tertentu akan dipanggil untuk menyertai PLKN 3.0 kerana pemilihan dilakukan secara rawak (sistem berkomputer) atau berdasarkan kriteria tertentu.

PLATFORM SEMAK STATUS KELAYAKAN PESERTA PLKN 2026

Peserta yang terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN) akan dimaklumkan melalui tiga saluran utama iaitu:

  • Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara : https://jlkn.mod.gov.my/
  • E-mel : Calon akan menerima emel permohonan melalui alamat emel yang telah didaftarkan semasa pengisian borang permohonan.
  • Surat Panggilan Rasmi : Pemohon yang lulus akan menerima surat panggilan rasmi sebagai peringatan dan pengesahan penyertaan.

CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN PESERTA PLKN 2026 ONLINE

Status kelayakan peserta PLKN 3.0 bagi tahun 2026 boleh di semak secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi e-PLKN di : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
  2. Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan]
  4. Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”
  5. Kemudian, Klik [Semak]
  6. Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
  7. Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar: [Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0].
  8. Kemudian, klik butang [Daftar] untuk boleh membuat pengesahan kehadiran.
  9. Ikuti proses pendaftaran Sistem yang ditetapkan, kemudian Log Masuk ke dalam Sistem untuk Sahkan kehadiran.
  10. Selesai.

Setelah selesai membuat semakan tawaran, pelatih yang telah terpilih dikehendaki membuat pengesahan kehadiran dengan segera selewat-lewatnya pada 3 April 2026 (Sabtu) agar proses pendaftaran dan urusan pentadbiran berjalan lancar.

SEMAK TARIKH DAN LOKASI PLKN 2026

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi sesi 2026 akan dilaksanakan secara berperingkat (siri) seperti berikut:

Pertama (SIRI 1)

  • Tarikh: 17 Januari 2026 sehingga 2 Mac 2026
  • Lokasi:
    • Kem Rejimen 515 Askar Wataniah (AW), Kuala Lumpur;
    • Kem Rejimen 505 Askar Wataniah (AW), Pekan Pahang.

Kedua (SIRI 2)

  • Tarikh: 25 April 2026 sehingga 08 Jun 2026
  • Lokasi:
    • Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur;
    • Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang; dan
    • Kem MALBATT Village di Port Dickson, Negeri Sembilan.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://jlkn.mod.gov.my/

Leave a Comment