PLKN 3.0 2025 ONLINE : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Keputusan Kerajaan untuk melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah untuk melahirkan generasi masa hadapan yang berkeyakinan, sentiasa menunjukkan semangat perpaduan, kesukarelawanan dan patriotisme.
Bagaimanakah semakan status kelayakan peserta plkn 3.0 2025 online? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK STATUS PLKN 2025 ONLINE : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
TUJUAN PELAKSANAAN PLKN 3.0 2025
Manfaat penyertaan program PLKN yang akan diterima oleh pelatih seperti berikut:
- Membentuk Jati Diri dan Sahsiah.
- Meningkatkan Semangat Patriotisme.
- Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan.
- Pembangunan Kemahiran Insaniah.
- Peluang Peningkatan Kerjaya.
- Jaringan Sosial dan Persahabatan.
- Peningkatan Daya Tahan Mental dan Emosi.
- Memupupuk Semangat Kesukarelawanan.
- Menyatupadukan golongan muda daripada pelbagai kaum.
- Membentuk perwatakan positif dan pengamalan nilai murni.
- Lahirkan generasi muda cergas, cerdas dan berkeyakinan.
SYARAT KELAYAKAN PESERTA PLKN 3.0 2025
elayakan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Calon berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi);
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental;
- Belum Pernah Menyertai PLKN sebelum ini;
CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PESERTA PLKN 3.0 SECARA ONLINE
Tawaran Pelatih PLKN 3.0 boleh disemak secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Semakan Tawaran PLKN:
https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form - Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan]
- Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”
- Kemudian, Klik [Semak]
- Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
- Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar:
[Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0]
Untuk meneruskan pendaftaran setelah pelatih selesai membuat semakan tawaran, pelatih boleh rujukan panduan pendaftaran di sini: https://plkn.mod.gov.my/Downloads/manual-pengguna-pelatih.pdf
TARIKH DAN LOKASI PLKN 3.0 2025
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat (tiga siri/peringkat) seperti berikut.
Pertama (Siri 1)
- Tarikh: 12 Januari – 25 Februari 2025
- Lokasi: Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL
Kedua (Siri 2)
- Tarikh: 11 Mei – 24 Jun 2025
- Lokasi:
- Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL
- Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang
Ketiga (Siri 3)
- Tarikh: 7 September – 21 Oktober 2025
- Lokasi:
- Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL
- Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang
TARIKH LAPOR DIRI KEMASUKAN PLKN 3.0 2025 SIRI 2
Tarikh yang ditetapkan untuk pelatih melapor diri dalam Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN) SIRI 2 adalah pada 11 Mei 2025.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian PLKN : 03-40133613 / 03-40133618
- e-Mel : [email protected]
- Laman Web Rasmi: https://jlkn.mod.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mod.gov.my/index.php/maklumat/plkn-3-0