SEMAKAN PESERTA TERPILIH PLKN : SESI 2025 SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN PESERTA TERPILIH PLKN : SESI 2025 SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi sesi 2025 telah mula dilaksanakan bagi siri pertama (1) iaitu bermula pada 12 Januari 2025 dan berakhir pada 25 Februari 2025 yang lalu. Kini latihan siri kedua (2) yang bakal dilaksanakan pada 11 Mei 2025 selama 45 hari.

Bagaimanakah semakan peserta terpilih PLKN? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN SARA MYKASIH : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM200 / RM100 SETIAP BULAN)

PENGLIBATAN PESERTA TERPILIH PLKN

Individu yang terlibat sebagai peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah melalui fasa-fasa berikut :

  • Fasa Latihan Pra PLKN :
    • Bagi Fasa Pra PLKN, ianya merangkumi pelajar Tingkatan 4 sahaja semasa kegiatan kokurikulum yang diperkenalkan di peringkat sekolah sebagai persiapan bagi mereka menjalani latihan selepas berusia 17 tahun.
  • Fasa Latihan Asas PLKN :
    • Bagi Fasa Latihan Asas PLKN, ia akan melibatkan remaja yang berusia 17 tahun dan ke atas bakal dipilih untuk menjalani latihan asas di 13 kem askar wataniah, 20 universiti awam (UA) dan beberapa politeknik.
    • Latihan asas ini merangkumi pengisian latihan yang terdiri daripada modul asas kenegaraan sebanyak 30% dan latihan asas ketenteraan sebanyak 70% yang bersifat intensif, lapangan serta praktikal.
  • Fasa Peringkat Latihan Lanjutan :
    • Untuk Fasa Peringkat Latihan Lanjutan pula sedan dibincangkan sama ada perlu melihat kepada soal peluang dibuka, termasuk dari segi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada semua yang ikuti PLKN.
    • Selepas pembabitan belia dalam PLKN ini, peserta akan disambut oleh agensi lain sebagai kesinambungan kelahiran mereka daripada program ini.

*Kementerian Pertahanan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa individu yang lahir pada 2007 sahaja akan menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dan had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga 35 tahun sahaja.

MODUL LATIHAN PLKN SESI 2025

Program Latihan Khidmat Negara merangkumi pelbagai aspek modul seperti berikut :

ASPEK MODUL LATIHANKETERANGAN LATIHAN
Modul Fizikalmelibatkan aspek kepimpinan, ketahanan diri,
keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan,
aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah,
merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup,
jungle tracking, menyeberang sungai
dan pengenalan kepada senjata api.
Elemen Kenegaraan
dan
Pembentukan watak
Meliputi sejarah negara, kedaulatan dan
maruah negara, struktur dan sistem dunia,
Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman
keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.
Elemen Khidmat MasyarakatMeliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan,
khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam,
penghijauan bumi, kempen kitar semula,
tunjuk ajar akademik, gotong-royong,
projek masyarakat desa, kajian kumpulan,
pemahaman sosial tempatan, pemulihan,
alam sekitar, taklimat kesihatan,
menderma darah dan sebagainya.

SYARAT KELAYAKAN PESERTA TERPILIH PLKN

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi);
  • Kesihatan Fizikal dan Mental dalam keadaan sihat;
  • Belum pernah menyertai PLKN sebelum ini.

SEMAKAN PESERTA TERPILIH PLKN

Untuk semakan kemasukan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), sila imbas kod QR pada gambar yang tertera di bawah :

  1. Halaman utama Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan dipaparkan.
  2. Klik pada butang [SEMAKAN E-PLKN 3.0].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
  4. Tandakan pada kotak [/] “I’m not a robot”.
  5. Kemudian, klik butang [SEMAK].
  6. Status kelayakan akan dipaparkan.
  7. Selesai.

JADUAL LATIHAN PLKN SESI 2025

Latihan PLKN sesi 3.0 2025 adalah dijadualkan seperti berikut :

SIRI LATIHANTARIKH PELAKSANAANLOKASI PENEMPATAN
Satu (1)12 Januari 2025
sehingga
25 Februari 2025
Kem Rejimen 515
Askar Wataniah, Kuala Lumpur
Dua (2)11 Mei 2025
sehingga
24 Jun 2025
Kem Rejimen 515
Askar Wataniah, Kuala Lumpur
dan
Kem Rejimen 505
Askar Wataniah, Pekan, Pahang
Tiga (3)7 September 2025
sehingga
22 Oktober 2025
Kem Rejimen 515
Askar Wataniah, Kuala Lumpur
dan
Kem Rejimen 505
Askar Wataniah, Pekan, Pahang

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian PLKN : 03-4012 7306 / 03-4012 6151 / 03-4012 6538 (Waktu pejabat).

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://jlkn.mod.gov.my/.

Leave a Comment