SARA 2025 SEMAK STATUS : LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM2100 & RM900 & RM600)
Tentunya sebilangan rakyat Malaysia terutamanya yang berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40) merasa terbeban dengan peningkatan kos sara hidup. Oleh itu, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan lagi Bantuan SARA untuk membantu lebih ramai rakyat.
Bagaimanakah SARA semak status penerima? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN DALAM MYKAD RM200 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
KRITERIA PENERIMA SARA 2025
Terdapat dua (2) kriteria penerima SARA bagi tahun 2025 :
- SARA Status e-Kasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
- Isi Rumah;
- Bujang; dan
- Warga Emas Tiada Pasangan;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- SARA Status Bukan e-Kasih :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
- Isi Rumah; dan
- Warga Emas Tiada Pasangan.
SARA 2025 SEMAK STATUS
Untuk mengetahui status anda layak atau tidak terima Bantuan SARA, ikuti panduan semakan status berikut :
- Sila layari laman web Portal Rasmi Bantuan SARA.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH PENERIMA SARA 2025 STATUS LULUS
STATUS KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH PENERIMA |
---|---|
Penerima Status e-Kasih (Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang) | 0.7 juta penerima |
Penerima Status Bukan e-Kasih (Isi Rumah dan Warga Emas) | 4.7 juta penerima |
KADAR SARA 2025 MENGIKUT STATUS
Penyaluran Bantuan SARA adalah dengan kadar yang ditetapkan mengikut status penerima seperti berikut :
- Penerima Status e-Kasih :
- Isi Rumah : RM2,100 setahun;
- Warga Emas : RM1,650 setahun; dan
- Bujang : RM600 setahun.
- Penerima Status Bukan e-Kasih :
- Isi Rumah : RM900 setahun; dan
- Warga Emas : RM450 setahun.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.