BILA BAYAR SYUKUR SABAH FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM900)

BILA BAYAR SYUKUR SABAH FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM900)

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) adalah merupakan sebuah bantuan tunai tambahan yang dikreditkan secara ‘lump sum’ sekaligus sebanyak RM900 setiap fasa, program ini dikhaskan untuk rakyat di Sabah terutamanya golongan Miskin dan Miskin Tegar.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima SYUKUR Sabah Fasa 2? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN MYKAD 200 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

APA SYARAT PENERIMA SYUKUR SABAH 2025

Antara syarat-syarat penerima Bantuan SYUKUR Sabah adalah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas sebelum pada 31 Disember 2024;
  • Pemegang kad pengenalan berstatus H;
  • Beralamat dan bermastautin di Sabah melebihi satu (1) tahun; dan
  • Ketua Isi Rumah berpendapatan di bawah garis kemiskinan dan tersenarai dalam data e-Kasih setakat 31 Disember 2024.

BILA BAYAR SYUKUR SABAH FASA 2 2025

Pembayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 2 adalah secara berperingkat seperti berikut :

DALAM AKAUN
BANK
SECARA TUNAIPENERIMA BAHARU
April 2025April – Mei 2025Mei 2025

BERAPA KADAR BAYAR SYUKUR SABAH FASA 2 2025

Fasa 2 bayaran Bantuan SYUKUR Sabah adalah gabungan daripada bulan April, Mei dan Jun yang mana setiap bulan adalah sebanyak RM300 dan kerajaan akan menyalurkannya secara sekaligus sebanyak RM900 kepada setiap penerima yang layak.

BAGAIMANA CARA BAYAR SYUKUR SABAH FASA 2 2025

Cara bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 2 adalah seperti berikut :

  • Dikreditkan melalui akaun bank penerima; atau
  • Diberikan secara tunai kepada penerima tiada akaun bank; atau
  • Dikreditkan melalui aplikasi e-Wallet YONO SuperApp.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SYUKUR SABAH FASA 2 2025

Status kelayakan penerima Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 2 boleh disemak melalui pautan berikut :

  1. Layari laman web rasmi SYUKUR di sini : https://syukur.sabah.gov.my.
  2. Halaman utama laman web rasmi SYUKUR akan dipaparkan.
  3. Klik butang [Teruskan] pada pemakluman terkini.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad*) anda pada ruangan yang disedikan.
  5. Kemudian, klik butang [Semak] di bawah.
  6. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
  • Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my.

Leave a Comment