BANTUAN MYKAD 200 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Sebahagian daripada 700,000 ribu individu yang merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) layak untuk menerima pengkreditan Bantuan SARA melalui MyKad (Kad Pengenalan) yang bernilai sebanyak RM200 setiap bulan bagi sepanjang tahun 2025.
Bagaimanakah semakan status sama ada layak atau tidak terima Bantuan MyKad 200? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN SENARAI BARANG MYKASIH : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD
KRITERIA PENERIMA BANTUAN MYKAD 200 2025
Bantuan MyKad yang bernilai RM200 diberikan khas kepada penerima yang memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
JADUAL KREDIT BANTUAN MYKAD 200 2025
Pengkreditan Bantuan MyKad yang bernilai RM200 adalah dijadualkan seperti berikut :
BIL. | TARIKH KREDIT | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
1. | 01/04/2025 (Selasa) | RM200 |
2. | 01/05/2025 (Khamis) | RM200 |
3. | 01/06/2025 (Ahad) | RM200 |
4. | 01/07/2025 (Selasa) | RM200 |
5. | 01/08/2025 (Jumaat) | RM200 |
6. | 01/09/2025 (Isnin) | RM200 |
7. | 01/10/2025 (Rabu) | RM200 |
8. | 01/11/2025 (Sabtu) | RM200 |
9. | 01/12/2025 (Isnin) | RM200 |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD 2025
Ketahui status anda layak atau tidak terima Bantuan MyKad sebanyak RM200 seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN BAKI BANTUAN MYKAD 2025
Baki yang ada dalam MyKad boleh disemak seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
SENARAI KEGUNAAN BANTUAN MYKAD 2025
Kegunaan Bantuan MyKad adalah khas untuk pembelian barangan berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.