LOG MASUK BANTUAN SYUKUR SABAH : FASA 3 2026 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM600)
Kerajaan Negeri Sabah telah memperuntukan sebanyak RM339.16 juta untuk disalurkan sepanjang tahun 2025 khas kepada seramai 140,000 rakyat yang beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah.
Artikel ini menyediakan panduan lengkap untuk log masuk Bantuan SYUKUR, cara semak status Layak atau Tidak, jadual pengkreditan Fasa 3, serta penyelesaian sekiranya rekod anda tidak ditemui.
Bagaimanakah Log Masuk Bantuan SYUKUR Sabah untuk semakan status? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
Baca Juga : MYSARA DALAM IC 2026 : SEMAKAN
CARA LOG MASUK BANTUAN SYUKUR ONLINE
Untuk menyemak maklumat status layak atau tidak Bantuan SYUKUR Sabah fasa 3, sila ikuti langkah log masuk Bantuan SYUKUR di bawah:
- Layari Portal Rasmi PADANS Sabah : https://padans.sabah.gov.my/
- Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
- Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
- Anda akan dibawa ke halaman Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 di pautan https://syukur.sabah.gov.my/
- Klik pada butang [Teruskan].
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
AMAUN BANTUAN SYUKUR SABAH
Setiap penerima yang layak akan terima kadar bayaran SYUKUR SABAH seperti berikut :
| FASA PEMBAYARAN | TEMPOH AGIHAN | JUMLAH BANTUAN | STATUS PENGKREDITAN |
|---|---|---|---|
| Fasa 1 | Januari Februari Mac | RM600 | Selesai Dibayar |
| Fasa 2 | April Mei Jun | RM600 | Selesai Dibayar |
| Fasa 3 | Julai Ogos September | RM600 | Belum dilaksanakan |
| Fasa 4 | Oktober November Disember | RM600 | Belum dilaksanakan |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH
Penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR SABAH) mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas;
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun;
- Anak Kelahiran Sabah; atau
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ (Sabah);
- Kadar Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
Syarat Tambahan :
- Menyediakan Bukti Kediaman seperti Bil Utiliti, Penyata Bank atau Surat Pengesahan Ketua Kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
- Penerima bukan terdiri daripada pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).
TARIKH BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH
Setiap penerima yang layak akan terima bayaran Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR SABAH) mengikut fasa berikut :
| FASA BAYARAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | 11 Mac 2026 |
| Fasa 2 | 21 Mei 2026 |
| Fasa 3 | Belum diumumkan |
| Fasa 4 | Belum diumumkan |
MEDIUM BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH
Berikut merupakan kaedah penyaluran duit Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR SABAH) kepada penerima yang layak :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN |
|---|---|
| Penerima ada akaun bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima secara online bank-in |
| Penerima tiada akaun bank | Pemberian secara tunai di kaunter bank atau secara cek di cawangan pejabat daerah berdekatan |
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai Program Sentuhan Kasih Rakyat SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut :
- Talian Bantuan : 088 338 338 atau 088 309 279
- Portal Rasmi SYUKUR : https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel : [email protected]
Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi PADANS Sabah di https://padans.sabah.gov.my/home/faq dan dikongsikan bagi tujuan untuk memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan info terkini berkaitan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR SABAH) 2026. Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca, dan semakan kelayakan rasmi mestilah dilakukan secara terus menerusi Portal Rasmi Semakan SYUKUR SABAH (syukur.sabah.gov.my).