SEMAK EKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Rakyat Malaysia khususnya Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang telah berdaftar dengan e-Kasih serta layak disenaraikan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan adalah direkodkan seramai 700,000 ribu.
Bagaimanakah semak eKasih? Ikuti panduan lengkap dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
PENGENALAN EKASIH 2025
eKasih bukanlah sebuah bantuan, namun ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar.
Data eKasih digunakan oleh kementerian / agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan termasuk Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan secara automatik kepada penerima e-Kasih dengan kadar yang maksimum.
KADAR BAYARAN BANTUAN EKASIH 2025
Kadar bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima e-Kasih dan bukan e-Kasih adalah berbeza seperti berikut :
KADAR BAYARAN BANTUAN KEPADA PENERIMA DAFTAR E-KASIH | KADAR BAYARAN BANTUAN KEPADA PENERIMA BUKAN E-KASIH |
---|---|
Isi Rumah : RM2,100 (Maksimum setahun) | Isi Rumah : RM900 (Maksimum setahun) |
Warga Emas : RM1,650 (Maksimum setahun) | Warga Emas : RM450 (Maksimum setahun) |
Bujang : RM600 (Maksimum setahun) | Bujang : Tiada |
TEMPOH PELAKSANAAN BAYARAN EKASIH 2025
Pelaksanaan bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima e-Kasih dan bukan e-Kasih adalah selama tempoh berikut :
TEMPOH PELAKSANAAN BAYARAN BANTUAN PENERIMA DAFTAR E-KASIH | TEMPOH PELAKSANAAN BAYARAN BANTUAN PENERIMA BUKAN E-KASIH |
---|---|
Selama 12 bulan : bermula Januari hingga Disember | Selama 9 bulan : bermula April hingga Disember |
SEMAK EKASIH 2025
Untuk mengetahui status pendaftaran e-Kasih anda, ikuti panduan semakan seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
Ketahui status kelayakan anda layak atau tidak terima Bantuan SARA MyKasih seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.