LOGIN BANTUAN SYUKUR SABAH 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA FASA 2 RM900
Bayaran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) adalah secara berperingkat melalui empat (4) fasa yang mana setiap fasa merangkumi tiga (3) bulan menjadikan keseluruhan bantuan disalurkan sebanyak RM900 sekaligus dan kini bakal memasuki bayaran fasa kedua (2).
Bagaimanakah login Bantuan SYUKUR Sabah untuk semakan status? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SENARAI BARANGAN MYKASIH : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD
JADUAL PELAKSANAAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2025
Pelaksanaan bayaran Bantuan SYUKUR Sabah adalah mengikut jadual seperti berikut :
FASA PELAKSANAAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Pertama (1) (Januari – Mac) | Februari 2025 |
Kedua (2) (April – Jun) | April – Mei 2025 |
Ketiga (3) (Julai – September) | September 2025 |
Keempat (4) (Oktober – Disember) | Oktober 2025 |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SYUKUR SABAH 2025
Kerajaan Negeri Sabah telah menetapkan syarat kelayakan penerima Bantuan SYUKUR Sabah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun sebelum 31 Disember 2024;
- Pemegang kad pengenalan (Status H);
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah lebih 1 tahun;
- Ketua Isi Rumah (KIR) tersenarai dalam pangkalan data e-Kasih setakat 31 Disember 2024.
LOGIN BANTUAN SYUKUR SABAH 2025
Ikuti panduan login untuk semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan SYUKUR Sabah seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi SYUKUR Sabah; klik pautan di sini : https://syukur.sabah.gov.my.
- Halaman utama akan dipaparkan, klik [Teruskan] pada pemakluman terkini.
- Isikan ruangan ‘Nombor MyKad*’ yang disediakan tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status kelayakan anda sebagai penerima SYUKUR Sabah akan dipaparkan.
- Selesai.
MEDIUM PENERIMAAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2025
Penerimaan Bantuan SYUKUR Sabah adalah melalui tiga (3) medium, iaitu :
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
- Diberikan secara tunai kepada penerima tiada akaun bank; atau
- Dikreditkan ke dalam aplikasi e-Wallet YONO Superapp.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
- Talian WhatsApp : 010-582 8207
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://syukur.sabah.gov.my.