SEMAKAN MYKASIH SARA ONLINE 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Peningkatan peruntukan Belanjawan 2026 bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membolehkan SARA 2026 diperluas kepada hampir 9 juta penerima dengan bayaran sehingga RM200 Sebulan.
Bagaimanakah cara semak status layak atau tidak sara mykasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN SARA BUJANG 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & REGISTER PERMOHONAN
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH SARA
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
CARA PENYALURAN MYKASIH SARA
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 seperti berikut:
| NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN |
|---|---|
| Penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Penyaluran secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima, membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan menggunakan MyKad. |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH SARA ONLINE
Semakan bantuan MyKasih SARA boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut :
- Portal Rasmi SARA; atau
- Portal Rasmi MySTR
Semak Status di Portal SARA :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 200.00
- Selesai.
Semak Status di Portal MySTR :
- Layari Portal rasmi mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Halaman Utama Log Masuk mySTR akan dipaparkan.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Klik (Semakan Status Permohonan STR).
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
SEMAKAN AMAUN BAYARAN MYKASIH SARA 2025
Jumlah bantuan MyKasih SARA yang akan disalurkan kepada penerima yang layak seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan (Januari sehingga Disember) | RM100 Setiap Bulan (Januari sehingga Disember) |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan (Januari sehingga Disember) | RM50 Setiap Bulan (Januari sehingga Disember) |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan (Januari sehingga Disember) | RM50 Setiap Bulan (Januari sehingga Disember) |
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026