REGISTER E KASIH 2025 : CARA DAFTAR & MOHON
Penambahbaikan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 membolehkan penerima isi rumah miskin dan miskin tegar dalam rekod eKasih menerima bayaran sebanyak RM2,100 setahun, dengan pembayaran sebanyak RM200 sebulan bermula April 2025 melalui MyKad.
Bagaimanakah cara register sistem e kasih 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BANTUAN SARA MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT REGISTER SISTEM E KASIH 2025
Kategori kelayakan pendafaran eKasih seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Tidak mempunyai pendapatan tetap;
- Miskin Tegar : Pendapatan isi rumah di bawah RM1,169 sebulan (anggaran untuk tahun terkini, tertakluk pada perubahan);
- Miskin : Pendapatan isi rumah di bawah RM2,208 sebulan;
- Golongan yang berpendapatan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
Catatan : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.
MANFAAT REGISTER SISTEM E KASIH
Dengan mendaftar eKasih, individu yang layak akan berpeluang menerima pelbagai jenis Bantuan Tunai Kerajaan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan jumlah yang lebih tinggi mengikut kelayakan individu.
PANDUAN REGISTER SISTEM E KASIH
Pendaftaran golongan Miskin dan Miskin Tegar di Sistem eKasih adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx - Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih, akan dipaparkan.
- Sila baca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
- Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing seperti berikut:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
- Setelah selesai pendafaran, status pendaftaran sistem e Kasih ‘Lulus’ atau ‘Tidak’ boleh disemak di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN BAYARAN SARA KATEGORI EKASIH 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA kategori eKasih:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; DAN
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
Catatan : Individu yang berdaftar sistem e Kasih hendaklah terlebih dahulu memohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kerana pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada individu secara automatik jika anda lulus STR.
CHECK STATUS LULUS ATAU TIDAK BAYARAN SARA E KASIH 2025
Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh disemak seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MyKasih Di Pautan : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Pembayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
JUMLAH BANTUAN SARA E KASIH 2025
Kadar bantuan Sumbangan Asas Rahmah kategori eKasih adalah seperti berikut:
PENERIMA STR (BERSTATUS EKASIH) | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM2,100 RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tanpa Pasangan | RM1,650 RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang | RM600 RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
CARA GUNA DUIT BANTUAN SARA E KASIH 2025
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori eKasih adalah secara tanpa tunai melalui MyKad (IC) penerima membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas berlabel SARA MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan MyKad (IC).
CARA PEMBELIAN BARANGAN ASAS MENGGUNAKAN MYKAD (IC)
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:
- Pilih barangan keperluan yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
SENARAI BARANG KEPERLUAN ASAS SARA
Berikut merupakan kategori barangan berlabel SARA MyKasih yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad:
- Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak masak / Tepung / Biskut / Mee Segera
- Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
- Makanan Dalam Tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
- Bahan Perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
- Produk Kebersihan : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
- Ubat-ubatan : Panadol / Ubat batuk dan lain-lain lagi
- Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah /Kasut Sekolah
SEMAK BAKI DUIT DALAM MYKAD
Baki duit Bantuan Dalam MyKad boleh dilakukan melalui tiga (3) kaedah seperti berikut:
- Aplikasi Touch ‘n Go eWallet; atau
- Mesin Kiosk Touch ‘n Go; atau
- Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara
Mohon bantuan mykd