SEMAKAN BANTUAN RAHMAH 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN BANTUAN RAHMAH 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Selain daripada Bantuan Rahmah yang disalurkan secara tunai, terdapat juga Bantuan Rahmah yang disalurkan secara tanpa tunai melalui kad pengenalan penerima. Namun, bilangan penerima adalah dipilih terhad kepada 5.4 juta sahaja.

Bagaimanakah semakan penerima Bantuan Rahmah? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN SARA RAHMAH : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU BANTUAN RAHMAH

Kerajaan MADANI telah memperkenalkan sebuah inisiatif tambahan Bantuan Rahmah iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bertujuan untuk membantu meringankan kos perbelanjaan barangan keperluan asas rakyat yang kurang berkemampuan dan memerlukan.

MANFAAT BANTUAN RAHMAH 2025

Antara manfaat yang dapat daripada Bantuan Rahmah ini, adalah :

  • Menerima bantuan setiap bulan selama tempoh 9 hingga 12 bulan;
  • Bantuan dikreditkan secara tanpa tunai menerusi kad pengenalan penerima;
  • Penerima boleh membuat pembelian barangan keperluan asas seperti bahan makanan, produk kebersihan, ubat-ubatan serta barangan sekolah anak;
  • Baki bantuan akan dibawa ke bulan seterusnya (sekiranya tidak habis digunakan) dan boleh digunakan pada bulan semasa;
  • Bantuan sah digunakan sehingga 31 Disember 2025.

KADAR BANTUAN RAHMAH 2025

Bantuan Rahmah (SARA) diberikan kepada penerima adalah secara ansur setiap bulan mengikut kadar seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
    • Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar : RM100/RM200 sebulan sehingga RM2,100 setahun.
    • Isi Rumah Asas Bukan Miskin : RM100 sebulan sehingga RM900 setahun.
  • Kategori Warga Emas :
    • Warga Emas Miskin & Miskin Tegar : RM100/RM150 sebulan sehingga RM1,650 setahun.
    • Warga Emas Asas Bukan Miskin : RM50 sebulan sehingga RM450 setahun.
  • Kategori Bujang :
    • Bujang Miskin & Miskin Tegar : RM50 sebulan sehingga RM600 setahun.

JADUAL PEMBERIAN BANTUAN RAHMAH 2025

Pemberian Bantuan Rahmah adalah dijadualkan seperti berikut :

TARIKH KREDIT
BANTUAN RAHMAH
(MISKIN & MISKIN TEGAR)
TARIKH KREDIT
BANTUAN RAHMAH
(ASAS BUKAN MISKIN)
15/01/2025 (Rabu)
01/02/2025 (Sabtu)
01/03/2025 (Sabtu)
01/04/2025 (Selasa)01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)01/12/2025 (Isnin)

SEMAKAN BANTUAN RAHMAH 2025

Untuk mengetahui status anda layak atau tidak menerima Bantuan Rahmah, ikuti panduan semakan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment