SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKASIH SARA 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKASIH SARA 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Kadar penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad secara bulanan untuk pembelian barangan keperluan asas diperluaskan sehingga RM2,100 setahun bagi tahun 2025 serta peningkatan kelayakan penerima kepada kepada 5.4 juta penerima berbanding 700,000 penerima sedia ada sebelum ini.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bantuan mykasih sara 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN MYKASIH SARA DALAM MYKAD 2025 SEMAKAN STATUS : KELAYAKAN PENERIMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK (RM600 & RM900 & RM2100)

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH SARA 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Bersatus eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  3. Bukan eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH SARA 2025

Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

PORTALPAUTAN
Portal Rasmi MyKasihhttps://www.mykasih.com.my/
Portal Rasmi MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  8. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  9. Selesai.

JUMLAH KELAYAKAN BAYARAN MYKASIH SARA 2025

Kadar bantuan yang akan disalurkan kepada penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR 2025 Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih
PENERIMA STR 2025
(BERSTATUS MISKIN/MISKIN TEGAR EKASIH)
KADAR BANTUAN (RM)
Isi RumahRM 2,100
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM 1,650
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
BujangRM 600
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)
  • Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
PENERIMA STR 2025
(BUKAN EKASIH)
KADAR BANTUAN (RM)
Isi RumahRM 900
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM 450
RM50/bulan (bermula April – Disember)

CARA GUNA DUIT BANTUAN MYKASIH SARA 2025

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad (IC) penerima adalah untuk membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan MyKad (IC).

SENARAI BARANGAN BANTUAN MYKASIH SARA YANG DILULUSKAN

Berikut merupakan barangan keperluan asas yang diluluskan pembayaran menggunakan MyKad:

  • Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta

CARA BELI BARANG ASAS MYKASIH SARA MENGGUNAKAN MYKAD

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih barangan keperluan yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  3. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  4. Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

1 thought on “SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKASIH SARA 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK”

  1. Kenapa dan mengapa saya tidak layak mendapat bantuan sara walaupun saya mendapat bantuan tunai Rahmah kategori bujang???adakah orang bujang tidak layak untuk mendapatkan bantuan sara seperti orang lain?Adakah surirumah saja yang layak dan perlu di jaga?Kalau memang golongan bujang seperti saya yang berumur 54 tahun tidak layak untuk menerima bantuan sara menggunakan my card,saya redho mungkin tiada rezeki saya..Terima Kasih kepada Perdana Menteri kerana masih sudi juga memberi bantuan tunai rahmah kepada golongan bujang tua seperti saya..

    Reply

Leave a Comment