SEMAKAN BANTUAN AIDILFITRI 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM300 DUIT RAYA)
Bagi memastikan golongan kurang berkemampuan membuat persiapan Aildilfitri, bantuan kewangan khas disediakan sebagai sokongan untuk memenuhi keperluan asas mereka agar mereka dapat menyambut perayaan dengan lebih baik.
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan aidilfitri 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN ASAS SARA MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
JUMLAH BANTUAN AIDILFITRI 2025
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori penerima seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN (ONE-OFF) |
---|---|
Kategori Isi Rumah Ketua Isi Keluarga (KIR) | RM 300 |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AIDILFITRI 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan mestilah terdiri daripada:
- Warganegara Malaysia;
- Rakyat Terengganu;
- Menetap dan Beralamat di Negeri Terengganu;
- Pengundi berdaftar di Terengganu;
- Berdaftar dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu Perantau (PRT20 PERANTAU);
- Ketua Isi Rumah (KIR) – Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM2,500, termasuk gaji pokok dan semua elaun tetap.
KATEGORI KELAYAKAN PERMOHON BANTUAN AIDILFITRI 2025
Bagi memastikan Bantuan ini disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan, Kerajaan Negeri Terengganu telah menetapkan beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon.
- Peniaga Berlesen: Peniaga berlesen tidak layak memohon kecuali pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan dan disahkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).
- Penjawat Awam: Semua penjawat awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan tidak layak memohon.
- Pemohon Tanpa Slip Gaji: Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK.
SEMAKAN STATUS PENERIMA
Status Permohonan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ Bantuan Aidilfitri 2025 boleh disemak seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Bantuan di i-Bantuan Terengganu:
https://ibantuan.terengganu.gov.my/ - Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] dan [Kata Laluan] yang telah didaftar untuk Log Masuk Sistem.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status] dan [Maklumat Status Penerima] akan dipaparkan.
- Selesai.
PERMOHONAN BANTUAN AIDILFITRI 2025
Maklumat yang disediakan ini adalah berdasarkan bantuan tahun sebelumnya. Sekiranya bantuan ini diteruskan pada tahun ini, anda boleh rujuk maklumat dan panduan yang diberikan, termasuk cara permohonan dan semakan, sementara menunggu pengumuman rasmi daripada pihak berwajib.
CARA MOHON BANTUAN AIDILFITRI 2025
Permohonan Bantuan Raya adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Bantuan di i-Bantuan Terengganu:
https://ibantuan.terengganu.gov.my/ - Kemudian, klik pada pilihan [Daftar] untuk [Pendaftaran Baharu].
- Isikan maklumat peribadi seperti [Nombor Kad Pengenalan] dan [Kata Laluan] pilihan dengan lengkap dan tepat untuk pendaftaran.
- Seterusnya, [Log Masuk] Sistem dengan menggunakan [Nombor Kad Pengenalan] dan [Kata Laluan] yang didaftar.
- Seterusnya, lengkapkan [Maklumat Profil] seperti Maklumat Peribadi, Tanggungan, dan Pendapatan dengan tepat.
- Muat Naik Dokumen Sokongan Permohonan seperti Salinan Kad Pengenalan dan Slip Gaji atau Surat Akuan Pendapatan.
- Semak dan Hantar.
- Cetak Salinan dan Simpan Salinan Permohonan untuk Rujukan.
- Selesai.
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN
Berikut merupakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk proses permohonan bantuan:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Pasangan.
- Salinan slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan yang disahkan.
- Dokumen tambahan bagi peniaga kecil tanpa slip gaji yang disahkan oleh JPKK.
RUJUKAN
Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Hari Raya 2025, anda boleh rujuk Laman Rasmi berikut.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://ibantuan.terengganu.gov.my/
Bantuan asas sara ekasih 2025
Layak atau tidak
Assalamualaikum bagaimana hendak mendapatkan bantuan duit raya rm 300
Setiap kali ade bantuan memang xpernah nye Layak,walau pn kite ni kurang kemampuan..dulu time brim dapat je..bile dh tukar my sare ni teros xlayak..kemaskini pn xgune..yg owg senang di bantu klu owg mcm kite ni tidak dipandang..
Assalamualaikum sy mendapat bayaran bulanan dari mawip dan sy catagori miskin boleh ke sy mendapat kan bantuan duit raya dari mana mana agensi selain dari mawip
Semase bantuan BR1M atau sebagainya saya dilayakkan menerima segala bantuan yang kerajaan salurkan akan tetapi kini berbagai bantuan yang kerajaan sekarang salurkan saya tidak mendapatkannya malahan S,T,R pun hanya mendapatkan RM150# kalau mengikut ketegori supatutnya saya dapatkan lebih dari itu saya mempunyai seramai 3 orang bermakna keluarga saya seramai 5 orang. saya, isteri dan 3 orang anak dibawah tanggungan saya dengan bantuan dari kerajaan sekarang sebanyak RM150# apa yang saya dapat berikan kepada anak-anak sempena AIDILFITRI yang bakal tiba hanya tinggal beberapa hari sahaje lagi
Cuba lah anda fikirkan apa yang dapat saya berikan kepada anak-anak
Anak pertama 17 tahun (M,R,S,M)
Anak kedua 15 tahun dan
Anak ketiga 10 tahun
Isteri dan juga saya
Saya berkerja sebagai buruh kampung jika ada kerja ada lah gaji jika tidak bekerja tiada apa-apa untuk diberikan kepada anak-anak saya terutama kepada anak saya yang berada di M,R,S,M
Untuk yuran anak saya yang berada di M,R,S,M pun saya belum mampu/dapat membayarkannya sedangkan tempoh pembayarannya hanya tinggal 1bulan sahaje lagi. 😥😢😭😭