BILA BAYAR BANTUAN SABAH FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Satu Inisiatif pembasmian kemiskinan dilaksanakan oleh Kerajaan Sabah melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat dimana sebanyak RM358.5 juta diperuntukkan bagi membantu golongan Miskin dan Miskin Tegar eKasih di Sabah dengan pemberian wang tunai secara berfasa.
Bila tarikh bayar bantuan sabah fasa 2? Ikuti info lanjut disini.
OBJEKTIF PELAKSANAAN PROGRAM BANTUAN SABAH
Tujuan utama perlaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:
- Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas;
- Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah selaras dengan agenda nasional; DAN
- Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan rakyat dan agihan mengikut keutamaan.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SABAH 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
- Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
JUMLAH BILA MASUK BAYARAN BANTUAN SABAH 2025
Penyaluran Sentuhan Kasih Rakyat Sabah kepada penerima akan dilakukan secara berfasa dengan bayaran sebanyak RM900 bagi setiap fasa iaitu bersamaan dengan jumlah bayaran untuk tiga (3) bulan serentak.
JADUAL BILA MASUK BAYARAN BANTUAN SABAH
Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:
FASA | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Satu | Fasa 1 19 Februari 2025 (Rabu) |
Kedua | Fasa 2 April 2025 |
Ketiga | Fasa 3 Ogos 2025 |
Keempat | Fasa 4 Oktober 2025 |
SEMAK STATUS PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK BILA MASUK BAYARAN BANTUAN SABAH
Status ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Online Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, di sini:
https://padans.sabah.gov.my/ - Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
- Tekan butang (Semak).
- Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, https://sukur.sabah.gov.my/
- Masukkan 12 digit (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan untuk semakan.
- Kemudian, klik (Semak).
- Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
- Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
MEDIUM PENYALURAN BANTUAN SABAH
Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan seperti berikut:
- Penerima yang Mempunyai Bank Akaun:
Pengkreditan terus ke akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan;
- Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’:
Bantuan akan diberikan secara tunai;
- Mempunyai akaun e-Wallet YONO Superapp:
Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO Superapp penerima.
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Hotlink Program Sentuhan Kasih Rakyat: 088 338 338
- Portal Rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat: https://padans.sabah.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://padans.sabah.gov.my/home/faq